Kehidupan yang kita bina daripada timbunan maruah yang calar Bagai menara masjid condong ke tanah Tak siapa berani melepaskan runtuh Biar sudah banyak kali bergegar Mungkin sudah ditakdirkan tuhan Beratur bencana mengikut langkah kita Menyeberang bentang masa yang mencerai Kelahiran dengan kematian sesuatu hubungan Tapi apa yang kita tahu tentang ketentuan? Kerana kita lebih kerap berhadapan pilihan Yang selalu lebih sukar dalam perkahwinan.