25 Februari 2010

Xenofobik

Seperti ada permusuhan antara kita,
Gerak tubuhmu tak pernah mesra
Adakah kerana sesuatu yang berlalu
Atau sesuatu yang bakal datang?

Aku merenung lehermu yang kaku,
Kau duduk setiap pagi di bangku itu
Tanpa menoleh membisik namamu,
Aku hanya meneka-neka di belakang

Kiranya curiga yang memisahkan kita
Dari tempatku betapa aku mahu
Menyelak tirai rambutmu yang panjang,
Melihat senyum yang belum kau lemparkan

3 ulasan:

Raja Syahrul Helmi berkata...

Satu sekolah untuk semua! jgn biarkan anak-anak kita jd xenofobik.

faziz ar berkata...

Salam sdr Mamat
ketemu dan muga kita terus bersulang puisi...teruskan dan aku akan menjadi pembaca setia...

diksi berkata...

Salam Rasmi Mamat,

"jejak kali pertama, akan kembali lagi - selamat berpuisi saudaraku".